Seringkali kita berada di persimpangan hidup dalam membuat keputusan. Tersilap pilih, merana seketika. Dan kita kembali ke pangkal jalan dan meneruskan persimpangan seterusnya. Namun sepanjang persimpangan itu terdapat banyak lagi persimpangan-persimpangan lain yang perlu ditempuhi.
Itulah kehidupan, penuh dengan pilihan.
InshaAllah saya bakal menghabiskan Degree saya dalam bulan 6 nanti. Selepas itu?
Itu yang menjadi persoalan sekarang ini. Ia seakan sesuatu pilihan yang terbesar dalam hidup saya. Sama ada terus melanjutkan pengajian ataupun terus kepada bidang pekerjaan.
“Iwan bila habis belajar?”, tanya ayah saya.
” InshaAllah bulan 6 ni papa.” jawab saya.
“Oh, kalau camtu sambung belajar la, buat ACCA. Muda lagi ni”, jelas ayah saya secara spontan.
Terkejut juga bila mendengarnya. Seakan-akan ayah dan ibu saya sudah menetapkan masa depan saya.
Kahwin? Itu bukan perkara utama lagi setakat ini.
Saya lebih suka untuk terus meloncat ke alam pekerjaan. Diri ini ingin belajar melalui pengalaman pula kerana sudah bosan dengan belajar melalui teori. Mungkin selepas 3 tahun bekerja baru berniat hendak sambung semula belajar. Mungkin part-timer.
Namun, bila teringatkan nasihat pak cik saya, “Kalau dah kerja , susah nak belajar balik. Maybe sudah selesa dengan duit yang ada.”
Ada betul juga kata-kata pak cik saya tu.
———————————————————————————————————————————————
Jalan masih buntu, fikiran masih bercelaru.
Kini saya sedang bermujahadah dengan semester akhir ini. Memang cukup-cukup mencabar. Doakan saya agar dapat membuat pilihan yang baik.
Sekarang masih lagi istikharah dan meminta petunjuk daripada Pencipta.
“Rabbi yassir wala tu’asir
Majalah sulung Alumni MRSM Kuala Krai, itulah antara usaha yang dapat kami salurkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar disana. Bermula daripada 2 program besar iaitu Misi pulang ke Gagang ataupun nama lainnya ialah Ultimate Mind Camp dan juga karnival sukan yang telah dianjurkan oleh pihak kami pada tahun 2010, sekali lagi kami kehadapan dengan keluaran awal majalah ini.
Pada tahun 2011, kami tidak dapat mencari masa yang sesuai untuk mengadakan program di MRSM Kuala Krai memandangkan ramai antara kami yang sedang menjalani latihan industri (Praktikal) dan juga cuti kami tidak sama antara satu sama lain. Oleh itu kami telah mengambil inisiatif lain untuk terus menyumbang kepada pihak sekolah tanpa kami perlu untuk mengadakan perjumpaan fizikal. Hasil keluaran yang pertama ini pun kami tidak pernah membuat perjumpaan secara bersemuka. Masing-masing berselerak di pelusuk negara-negara lain. Ada yang berada di UTP, UTM Skudai, UiTM Shah Alam, Unimas, UPM, UIA, dam juga UUM. Tak lupa juga buat mereka yang berada di Russia, Jerman, dan United States.




Recent Comments