Cinta

On July 17, 2010, in Cinta, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhir-akhir ni saya banyak berfikir tentang satu perasaan yang setiap manusia memilikinya, perasaan yang perlu dikawal, perasaan yang banyak membuatkan ramai yang menemui kebahagiaan, dan perasaan ini juga lah yang banyak membuatkan ramai yang merana. Perasaan itu ialah CINTA. ๐Ÿ˜‰ Bukan nak kata yang saya ni jiwang ataupun tengah jiwa berpuitis. tapi saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat-maklumat tentang perasaan ini. terpanggil untuk menyampaikan apa yang saya tau dan yang telah saya kaji mengenai cinta ini. Maksud saya cinta disini ialah cinta sesama manusia. cinta yang banyak melanda di setiap hati manusia sekarang. ๐Ÿ˜€

Saya tidak layak??

memang saya tidak pernah berjaya dalam bab-bab ini. tidak pernah langsung. ๐Ÿ˜ฅ tetapi setelah menemui cahaya dan menemui jalan keluar dari zaman kegelapan saya dahulu, saya sedar tentang perkara ini. sedar dan faham akan tujuan sebenar mengapa ALLAH menganugerahkan kita perasaan itu. Macamana nak menguruskan perasaan tu. dan juga cmana nak mengekalkan perasaan itu. ๐Ÿ˜› Semuanya setelah saya menemui cahaya ketika saya meraba-raba dalam kegelapan mencari kebenaran. sebab itulah saya ingin berkongsi dengan pembaca blog ini.. lagipun, ramai kenalan saya menceritakan masalah cinta mereka kepada saya. Jadi, bolehlah saya nak kongsi-kongsi sedikit pengalaman membantu orang lain menyelesaikan masalah cinta mereka ini.

Dahulu saya pernah mengeluarkan satu artikel mengenai “cinta: ini di blog lama saya. Masyaallah, mendapat sambutan hangat. ramai plak tu yang komen. ๐Ÿ™‚ Oleh itu, saya akan keluarkan seberapa banyak tips2, dan juga bercerita sedikit pengalaman saya dalam soal cinta ini. Ditepi sebelah kanan blog ini, para pembaca boleh melihat artikel-artikel mengenai cinta di column ” categories”.

Dan yang penting, saya nak membawa para pembaca supaya berada dilandasan yang betul dan mengetahui cara-cara untuk menggunakan cinta ini, untuk mencari keredhan-Nya. ๐Ÿ˜‰

Sekian

Related Posts with Thumbnails
 

2 Responses to Cinta

  1. saya says:

    pokwe,
    setuju dengan mu.
    sebab jodoh, ajal, rezeki semua dh dtntukan oleh ALLAH.
    kita kena yakin dengan janjiNya.
    kalau kita serah hati kita pada ALLAH,
    Insya ALLAH, ALLAH akan temukan dengan pemilik terbaik utk hati kita.
    kita kena banyak berdoa,
    jauhkanlah dari maksiat, zina tangan, zina hati..

  2. Wan says:

    yes, betul-betul. Aku try cuba memperbetulkan pemikiran manusia akhir zaman ni mengenai cinta. nantikan kemunculan post berkaitan cinta ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge