Ukhuwah Itu Mengeratkan

On July 25, 2012, in umum, by wanizwan

“Minta maaf la pak cik, saya kebelakangan ni sangat sibuk pak cik. Lagipun, handset saya hilang, habis nombor telefon hilang. Nombor handset pak cik pun sama hilang”, saya meluahkan segala kerinduan untuk bertemu dengan pak cik Othman.

Kali ini, saya sekali lagi berpeluang untuk bertemu dengan pak cik pemilik Kem Rimba Tamu ini setelah setahun terputus hubungan dek kerana kesibukan saya berada di semester akhir. Ditambah pula saya ditimpa musibah dengan kehilangan handset lebih kurang 2 bulan lepas. Namun saya bernasib baik kerana secara kebetulan, mukhayyam (camping) IKRAM kali ini diadakan di kem pak cik Othman.

Continue reading »

 

Analogi: Masih Nak Pilih Arak?

On May 22, 2012, in umum, by wanizwan

Sekumpulan pelajar sedang menjalani kuliah bersama dengan pensyarahnya membincangkan tajuk berkenaan ‘Accounting Theory in Islamic Perspective’.

“Erm, apa bezanya eh antara Islamik bank dan bank konvensyen yang ada sekarang ni?” tanya seorang lecturer kepada para pelajar setelah hampir menamatkan sesi pembelajaran.

Tanya kerana memang inginkan jawapan daripada pelajarnya ataupun tanya kerana sudah ada jawapannya tersendiri ataupun hanya mahu melihat pandangan pelajarnya?

Saya pun tidak pasti.

“Macam sama je dua-dua jenis bank tu, tak ada beza.”

“Bank Islam lagi mahal la kalau nak beli rumah. Baik pilih yang biasa je, lagi murah.”

Itulah antara beberapa pandangan daripada pelajar. Namun, selepas beberapa pelajar memberikan pandangan, pensyarah itu seakan-akan ‘menerima’ sahaja jawapan-jawapan tadi. Tiada langsung pencerahan ataupun penjelasan diberikan mengenai Islamik Banking yang sebenar.

Hati saya terdetik.

“Ini bahaya jika tidak dibetulkan. Lebih-lebih lagi melibatkan pemikiran dari kalangan pelajar.”

Saya mengeluh.

—————————————————————————————————————————————————-

Saya teringat ketika menghadiri Konvensyen Fiqh 2012 baru-baru ini. Salah satu soalan yang ditanya adalah berkenaan perbezaan antara bank konvensyen dengan bank islamik dan mengapa bank islamik ada kalanya nampak lebih merugikan daripada bank-bank yang sedia ada.

Dengan penuh penjelasan daripada salah seorang ustaz (yang saya sendiri pun kurang memahami penjelasannya kerana memerlukan kefahaman yang tinggi dalam bidang perbankan), ianya sedikit sebanyak melegakan kami semua.

“Kalau kamu hendak cari bank yang betul-betul Islamik (100%), memang tidak wujud lagi setakat ini. Tapi ada beberapa bank yang sedang menuju ke arah sistem ‘Islamik” itu. Maka bantulah kami untuk mencapai matlamat ini. Memanglah kami akui ada kekurangan dengan sistem bank Islam yang sedia ada ini, tapi kami sentiasa berusaha untuk menjadikan ia sepenuhnya berlandaskan syariah. “, terang seorang ustaz itu.

Saya yang mendengarnya juga terangguk-angguk, menyetujui penjelasan itu.

Bukannya senang nak menegakkan sistem Islam dicelah-celah dunia yang penuh dengan penipuan dan penindasan. Juga yang penuh dengan riba dan unsur gharar.

Takkan dengan kekeliruan dan kekurangan yang terdapat dalam sistem perbankan Islam sekarang ini, kita masih memilih untuk menggunakan sistem bank konvensional yang jelas terlibat dengan riba?

Antara sistem yang mempunyai penasihat syariah dengan sistem yang memang pasti tiada penasihat syariah kita masih memilih untuk menggunakan sistem yang tiada penasihat syariah?

Adakah betul penilaian kita itu?

Sebagai seorang yang beragama Islam (Muslim), begitukah cara kita membuat keputusan?

Seperti kata Pakdi, ianya seperti dalam pemilihan antara arak dan air anggur, anda terpaksa memilih arak kerana ragu-ragu dengan air anggur yang tidak pasti halalnya!

————————————————————————————————————————————————-

Saya tidak mengetahui secara mendalam bagaimana sistem perbankan Islam berfungsi. Tetapi saya bergitu berminat untuk mengetahui mengenai bidang ini dan saya memang menyokong usaha untuk memantapkan lagi sistem perbankan Islam.

Sebarang pertanyaan saya cadangkan anda untuk merujuk ke laman web mereka yang lebih arif mengenai bidang ini. laman webnya seperti berikut:

1) Pakdi.net

2) Zaharuddin.net

————————————————————————————————————————————————-

Selepas selesai sesi kuliah, saya terus berjumpa dengan pensyarah itu untuk berbincang dengannya berkenaan soalan tadi. Sedikit sebanyak ilmu yang saya ada saya berkongsi dengannya. Alhamdulillah, saya terasa lega sedikit selepas menerangkan kepadanya berkenaan isu perbankan Islam di Malaysia sebenarnya.

Semoga Allah terus membuka hidayah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong sistem perbankan Islam yang sedang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia.

“Jangan lupa puan kongsi dengan pelajar-pelajar lain nanti. Ubah cara mereka berfikir.”

“InshaAllah”

Kami mengakhiri perbualan kami. 😀

 

Persimpangan: Nak Pilih Yang Mana Ni?

On May 16, 2012, in umum, by wanizwan

Seringkali kita berada di persimpangan hidup dalam membuat keputusan. Tersilap pilih, merana seketika. Dan kita kembali ke pangkal jalan dan meneruskan persimpangan seterusnya. Namun sepanjang persimpangan itu terdapat banyak lagi persimpangan-persimpangan lain yang perlu ditempuhi.

Itulah kehidupan, penuh dengan pilihan.

InshaAllah saya bakal menghabiskan Degree saya dalam bulan 6 nanti. Selepas itu?

Itu yang menjadi persoalan sekarang ini. Ia seakan sesuatu pilihan yang terbesar dalam hidup saya. Sama ada terus melanjutkan pengajian ataupun terus kepada bidang pekerjaan.

“Iwan bila habis belajar?”, tanya ayah saya.

” InshaAllah bulan 6 ni papa.” jawab saya.

“Oh, kalau camtu sambung belajar la, buat ACCA. Muda lagi ni”, jelas ayah saya secara spontan.

Terkejut juga bila mendengarnya. Seakan-akan ayah dan ibu saya sudah menetapkan masa depan saya.

Kahwin? Itu bukan perkara utama lagi setakat ini.

Saya lebih suka untuk terus meloncat ke alam pekerjaan. Diri ini ingin belajar melalui pengalaman pula kerana sudah bosan dengan belajar melalui teori. Mungkin selepas 3 tahun bekerja baru berniat hendak sambung semula belajar. Mungkin part-timer.

Namun, bila teringatkan nasihat pak cik saya, “Kalau dah kerja , susah nak belajar balik. Maybe sudah selesa dengan duit yang ada.”

Ada betul juga kata-kata pak cik saya tu.

———————————————————————————————————————————————

Jalan masih buntu, fikiran masih bercelaru.

Kini saya sedang bermujahadah dengan semester akhir ini. Memang cukup-cukup mencabar. Doakan saya agar dapat membuat pilihan yang baik.

Sekarang masih lagi istikharah dan meminta petunjuk daripada Pencipta.

Rabbi yassir wala tu’asir