Eh, Belanja la Aku…

On November 12, 2010, in Pendapat, by wanizwan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Cuba kita lihat kedua-dua situasi di bawah:-

Situasi pertama

“Eh jom kita pergi makan?”

……………………“Boleh gak tu. Kat mana?

“Kat mana lagi, kedai mamak la.”

…………………….“Ok, awak belanja eh?”

“Hmm, Ok”…..(kenapa aku yang kena belanja?)

Situasi Kedua

“Eh, jom kita pergi makan?”

…………………………..“Boleh gak tu. Kat mana?”

“Kat mana lagi, kedai mamak la.”

…………..“Ok, apa kata saya belanja awak hari ni?”

“Boleh gak tu, terima kasih”….


Apa yang anda lihat perbezaan dalam kedua-dua situasi itu?

Kedai mamak?, itu bukannya perkara yang nak bincang la. Kali ni saya nak berkongsi sedikit pendapat tentang budaya membelanja-dibelanja dalam kalangan kita-kita semua. Bukannya hendak membelanja sesiapa ataupun nak suruh orang lain belanja. Tapi kalau tengok betul-betul perbezaan antara dua situasi yang saya tulis tadi, memang ada beza.

Apa bezanya?

Kalau diimbas balik, dalam situasi pertama tu, seseorang itu seolah-olah dipaksa untuk belanja seorang kawan yang lain manakala yang situasi yang kedua tu kawannya dengan rela hati untuk belanja kawan-kawannya. Ataupun dengan kata lain ikhlas nak belanja kawannya itu.

-Gambar hiasan-

Apa yang saya nak tekankan disini, kalau nak berasa dibelanja oleh kawan, tak perlulah sampai meminta-minta. Biarlah kawan itu sendiri yang me”offer”kan diri untuk membelanja kita. Kalau sekadar sinis takpe la jugak. Tapi kalau sehingga membuatkan kawan itu terasa seperti dipaksa untuk membelanja, cubalah untuk elakkan.

Kenapa?

Kerana saya takut, kawan yang dipaksa itu dalam hatinya memberontak untuk membelanja anda. Pabila disebut soal paksa, maknanya dalam hatinya tidak rela. Tidak rela maknanya bermaksud tidak ikhlas! Dan apabila tidak ikhlas, maka kawan kita tidak akan mendapat pahala. Kita pula mendapat dosa diatas paksaan tersebut. Kan ini merupakan senario yang tidak elok.

Memang tidak dinafikan, budaya membelanja orang ini sebenarnya dapat mengikis sifat-sifat mazmumah seperti tamak, kedekut dan juga sombong. Bahkan ia mengajar kita cara untuk mengikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Pabila kita membelanja orang dengan rela hati (ikhlas), kita sebenarnya telah mendapat pahala. Orang lain pula semestinya gembira dengan apa yang dibelanjakan. Bukankan itu suatu perkara yang baik?

Itulah apa yang saya nak kongsikan disini. Akhir kata, biarlah orang lain yang dengan rela hati untuk membelanja kita. Jangan pula kita meminta-minta seperti memaksanya untuk belanja kita. Pada diri kita pula, rajin-rajinlah membelanja orang lain. jangan sayangkan harta. Kerana harta itu tidak boleh dibawa mati. Lagipun, harta ALLAH ini, semakin banyak kita memberi, smakin banyak kita akan terima. Tak percaya? Cuba lakukannya. Jangan takut untuk membelanja orang lain. Ia sebenarnya mendidik hati kita supaya ikhlas dan juga dapat mengikis sikap tamak dan juga sifat kedekut dalam diri kita.

Wassalam

Related Posts with Thumbnails
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge