Pertemuan yang tidak disangka

On May 23, 2010, in pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanggal 13, 14 dan 15 haribulan mei hari tu, aku join satu program alumni MRSM kesayanganku, MRSM Kuala Krai. Program tu disertai oleh semua bekas pelajar mrsm yang pernah belajar di mrsm kuala krai. Start dari batch 2003 dan sampai batch 2008, semua ada. Tapi batch aku la yang paling ramai skali, batch 2007. Program ini dinamakan Ultimate Mind Camp (UMC) untuk pelajar-pelajar dan Program Misi pulang ke Gagang untuk para bekas pelajar mrsm. tumpuan kali ini ialah pelajar form 4 and form 5. Nature program ni plak lebih kepada motivasi dan haluan kerjaya.

umc

Seperti biasa, pengarah program kali ni ialah Hafiz atau dikenali sebagai slipknot. Dia merupakan orang yang pertama mencetuskan idea untuk membuat program berbentuk seperti ini. Sejak dahulu lagi aku bercita-cita untuk melakukan program di maktab sendiri tetapi kerana tidak cukup kekuatan kot nak buat program besar seperti ini. Nak anjurkan program seperti ini bukannya mudah, ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga lebih2 lagi nak panggil semua bekas pelajar mrsm bukannya mudah. Tahniah la kepada hafiz, usahanya memang dipuji dan dipandang tinggi oleh kebanyakan cikgu dan kami sendiri.

hafiz

Hafiz

Banyak benda yang aku belajar sepanjang program ini. Dari awal-awal lagi aku sudah “kosongkan gelas” sedia ada supaya mudah ilmu baru masuk ke gelas baru. Haha, mesti ada yang tak faham apa itu gelas kosong kan? Itu ialah sebenarnya modul ataupun perumpamaan yang biasa aku buat sebelum start sesuatu program. Modul ini amatlah penting sebenarnya untuk setkan minda peserta-peserta agar membuang segala ego yang ada. Membuang ego itu bermaksud semua peserta program adalah sama ataupun setaraf, lupakan seketika jawatan kita, tak kira siapa kita sekarang dan yang penting hormati antara satu sama lain. Kalau tak, sia-sia la program. Buat letih je orang lain anjur tp minda kita tak bersedia untuk menerima sesuatu yang baru. Kalau ada yang tak faham modul “gelas kosong” ini boleh tanya kpd orang yang tahu. Tak pun boleh tanya kepada tuan pemilik blog ini.

gelas kosong

aku sewaktu melakukan modul “gelas kosong”

Aku dan kawan-kawan ku pergi sehari awal dari tarikh program. Seperti biasa la, banyak lagi kerja yang tak beres. Lagipun, hari itu ada meeting bersama HEP dan BWP. Meeting bersama bwp banyak membincangkan masalah-masalah yang wujud di maktab ketika itu. Biasa la adik2, mana ada orang yang xde masalah kat dunia ni. Kami para faci hanya dapat memberi sedikit tunjuk ajar dan nasihat. yang melaksanakan kamu sendiri adik2. zaman kami dah lepas.

dsc02704

menyiapkan master plan

dsc02689

aku sewaktu berucap

dsc02656

meeting bersama bwp

dsc02648

menunggu sebelum meeting dengan HEP

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang program ini. Walaupun ada sedikit cacat cela, namun biasa la bro, program sulung. Nanti next program kita semua try improve yang mana cacat itu. Bangga juga aku dengan kamu semua, semua saling tutup lubang2 cacat tu agar tak nampak program ini  tempang. Keseluruhan program amatlah aku berpuas hati walaupun ada kala pening dan keliru dengan pelbagai perkara. Kawan-kawan aku pun semuanya memberi komitmen yang menakjubkan dan memuaskan. Biasa la, dah lama tak jumpa semua, mestilah banyak cerita yang hendak dikongsikan. apabila dah lama tak jumpa ni, nak dekat 2 tahun lebih, masing2 dah berubah. Ada yang makin bahagia, ada yang makin bertambah matang. Tapi ada jgk yang masih dengan perangai lama. Maybe saja dia tak nak tunjukkan perubahannya sekarang pada orang lain.hehe.

28583_127180777295808_100000116598596_339661_3298861_n

facilitator2 perempuan

dsc02644

kawan-kawanku

Apa2 pun, bila aku datang ke maktab ni, semua nostagia lama kembali segar. Bangun pagi pastu pergi surau. Solat subuh bersama ustaz tersayang. Pas solat dengar celoteh ustaz. Sempat lagi ustaz berpesan, “kalu nak cari bini, cari bini hok comel, asalkan kayo”. Tu pesanan ustaz sejak aku form 4 lagi. Semua pesanan ustaz, masih lagi aku ingat dan simpan sampai sekarang. Kadang-kadang, bila masuk U ni, kalau aku nampak segalanya (perkara yang pernah ustaz katakan)berlaku di depan mataku,aku terus ingat kat ustaz. Teringat kembali pesanan ustaz. “ustaz xhirau langsung anugerah guru popular hok ustaz buleh (masa hari guru), tapi ustaz nk smua plajar ustaz jadi ore (jadi insan yang berjaya)”. Tu antara pesanan ustaz. Selama 2 tahun ni pun, benda yang sama juga dilontarkan ustaz setiap pagi subuh. Ustaz masih mcm dulu, tak banyak perubahan. Dan yang penting,  ustaz tak pernah jemu berdakwah kat semua. Besarnya pengorbanan ustaz.

dsc02724

sempat mengambil gambar selepas solat subuh

dsc02723

keadaan dewan selera, tak banyak perubahan

Sehari datang awal juga aku sempat untuk bertemu dan bermain dengan pasukan bola tampar daerah yang rata-ratanya pelajar mrsm sendiri. Kebanyakannya dari form 4. Ketika bermain bersama mereka, ada yang tegur aku. “ni la abe yg jaga aras kita masa form 1”. Haha, mereka kenal lagi nampaknya aku dan abg ariff yang menjaga aras bilik2 mereka masa form 1. Semuanya dah besar2. Kalau dulu semua pendek2 lagi, muka budak2 lagi. Tp kini semua nampak matang dan tinggi. Aku ingat lagi aku marah kat semua adik2 ni sebab lambat pergi ke kelas.tapi masa tu aku bukannya marah tapi takut aku yang kena marah kat warden masa tu.

28583_127183327295553_100000116598596_339745_6844487_n

sebahagian adik-adik form4 & 5

Sekarang ni, semua dah besar. Kawan-kawan aku pun semua dah dewasa. Yang dah ada pakwe makwe tu,, kalau boleh cepat2 la kahwin.hehe. semuanya dengan haluan hidup masing2. Tapi jangan ingat asal usul kita dahulu terutamanya Cikgu2 kita yang ajar kita sampai berjaya dalam UPSR, PMR dan SPM. Jangan jadi seperti orang lupa daratan. Biar kita ada jasa kepada orang yang pernah berjasa kepada kita dahulu.

29870_1456685705018_1469619383_31180195_4835047_n

sewaktu sesi career talk

Huh, panjang betul aku berceloteh. Banyak lagi nak cerita tapi sampai disini sahaja dahulu. Ingat semua, kalau dalam berprogram, buat cara berprogram. Jangan buat macam kita di rumah.  dan yang ada jawatan tu, jalanilah tanggungjwb anda. jgn smpai orang lain yg terpaksa buat kerja anda. Dalam berprogram semua pihak memainkan peranan penting dan juga semestinya memerlukan sedikit pengorbanan. Keberkesanan program itu juga amatlah penting. Apapun, terima kasih semua yang menjayakan misi hari tu. Memang hari yang tidak dapat dilupakan. Akhir kata, tgk gambar kami ni, masuk dalam sinar harian lagi tu…hehe

28920_1448251283316_1144225883_1316318_930991_n

sekian…

Related Posts with Thumbnails
 

5 Responses to Pertemuan yang tidak disangka

  1. nana says:

    pokwe, aku bangga dgn mu & slipknot..
    x lupe juga pd kawan2 kita yg lain yg turut menjayakan program tersebut..
    sejujurnya aku rse sgt happy & aku rse aku dah laksanankan sebahagian dr tnggungjawab aku sbgai bekas pelajar di mktb kk..
    aku harap lps nie kita dlm berganding bahu lg utk menjayakan program sebegini d masa akan dtg..:)
    congrats!

  2. admin says:

    insyaaallah nana. kalau ada masa lg aku plok hk anjur program gini. nanti kita buat sedak lg…hehe

  3. amalina says:

    tahniah la blako….
    pokwe, slot gelas kosong meme best..hahaha
    dpt pukau adik2 n fasi2

  4. admin says:

    sama-sama. faham ko slot gelas kosong tu?

  5. […] disana. Bermula daripada 2 program besar iaitu Misi pulang ke Gagang ataupun nama lainnya ialah Ultimate Mind Camp dan juga karnival sukan yang telah dianjurkan oleh pihak kami pada tahun 2010, sekali lagi kami […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge