Kaedah Mokhdar- Cerita Dalam HidupKu

On 23/12/2010, in Pendapat, pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pernah dengar tak kaedah mokhdar? tak pernah? Ala kaedah yang meringkaskan sebutan nombor menjadi lebih pendek tu. Contohnya:-

1=satu–> Tu

2=dua–> Wa

3=tiga–> Ga

4=Empat–> Pa

5=Lima–> Ma

….dan seterusnya

Itulah kaedah mokhdar. Satu kaedah yang pernah menggemparkan dunia melayu suatu masa dahulu. Ops, sebelum tu, saya ingin tegaskan yang post saya kali ini adalah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah berdasarkan pemerhatian, pendapat dan juga pengalaman saya. Anggaplah apa yang diperkatakan saya ini adalah pandangan dari pihak yang ke-3. :-D

Bagaimana Kaedah ini boleh muncul dalam hidup saya?

Dulu masa zaman persekolahan di MRSM Kuala Krai, ada suatu ketika, cikgu-cikgu menyuruh semua pelajar ke dewan besar disebabkan ada satu taklimat mengejut. Masa tu saya masih lagi berada di tingkatan 2, tahun  2004. Sampai di dewan, ada seorang lelaki asing sedang berada di atas pentas, sedang bercakap menggunakan “mic” sambil tangannya menulis sesuatu di papan “white board”. Nampaknya orang tu bukan cikgu sekolah saya sendiri. Taklimatnya agak membosankan pada mulanya.

Dia telah menunjukkan kebolehannya menghafal

18 nombor (kalau tak silap saya),

dalam masa tak sampai 5 saat!!!


Tetapi, tak lama kemudian, lelaki itu telah membuatkan semua pelajar yang berada di dalam dewan tu tergamam, terpegun dan juga terkejut. Apa yang lelaki itu buat?Dia telah menunjukkan kebolehannya menghafal 18 nombor (kalau tak silap saya), dalam masa tak sampai 5 saat!! 8-O  Pada ketika itu, saya memang rasa ada benda tahyul yang digunakan ataupun sedikit penipuan yang dilakukan disitu. Tapi sangkaan saya salah.

Dia memang betul-betul lakukannya tanpa sebarang penipuan. Dia cuma gunakan kaedah yang diciptakan oleh beliau sendiri. WOW! hebatnya. kalau saya, nak hafal 8 nombor pun susah. Bila beli nombor handphone yang baru pun memakan masa 3-4 hari nak ingat nombor kita sendiri tu. Lelaki itu adalah Encik Makhtar, pengasas kaedah ini.

Itulah saatnya kaedah mokhdar ni muncul dalam hidup saya. Seingat saya, saya tak membeli pun bukunya pada waktu tu. Tapi saya sempat curi-curi tengok dan baca buku kepunyaan kawan yang membelinya. Saya cuba praktikkannya. Dan saya berjaya! :-D

Saya berjaya mengingati nombor telefon seorang perempuan yang saya minat (masa tu saya tak matang lagi ;-) ) dengan menggunakan kaedah mokhdar. Seingat saya, saya hanya belajar asas 1 (paling basic) sahaja pada masa tu. Tak sempat nak belajar lagi advance. Maklumlah belajar sendiri. ;-)

“LAT-PAGAN-TUK”, itulah bunyi nombor telefon tu dalam kaedah mokhdar. Memang senang nak ingat waktu tu. Sampai sekarang pun saya ingat lagi. 7 nombor, tetapi boleh diingat dalam masa yang singkat. Memang saya akui ada kesalahan dalam penggunaan kaedah ini masa tu. Maklumlah, baru belajar. tapi ia cukup mengkagumkan saya. :-P

Begitulah kisah bagaimana kaedah ni boleh meresap  dalam hidup saya. Lama saya tinggalkannya. Sehinggalah saya menyertainya kembali dan belajar semula kaedah ni tak lama yang lalu. Dan sekarang, saya dah boleh mengamalkannya dan mengajar kaedah ini kepada orang lain. ;-)

Bagi saya, kaedah mokhdar ni memang berkesan dengan syarat, ianya mestilah diamalkan dalam hidup kita. Kalau setakat belajar tapi tak amalkan memanglah tak nampak kesannya. Adab menuntut ilmu ada tiga. Yang pertama, belajar. Kedua sebarkan dan yang ketiga, amalkan. Barulah ilmu tu dikira berguna.

Hmm, pendapat saya, kaedah ini juga tidak mencemarkan bahasa jika ia digunakan dengan betul. Kerana apa? kerana benda ni hanyalah “Kaedah“, bukannya “Bahasa“. Kena faham disitu. Jika bahasa, ia digunakan setiap hari, diamalkan setiap waktu. Tapi kalau kaedah, ia merupakan cara. Digunakan pada waktu-waktu tertentu. Digunakan untuk memudahkan sesuatu. Contohnya dalam kaedah ini, ianya untuk memudahkan penggunanya untuk mengingat nombor yang banyak.

Harus diingat, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Kalau ada salah dan silap, mohon ditegur dengan cara yang baik. Oleh itu, jika ada mereka yang menggunakan perkataan “bahasa Mokhdar”, ia haruslah ditukar menjadi “kaedah mokhdar”.

Walau apapun, secara jujurnya saya amat kagum dengan usaha yang terpaksa dihadapi oleh Encik Makhtar dan keluarga bagi menaikkan kaedah ini. Memang banyak cabaran dan juga dugaan dalam menyebarkan sesuatu benda yang baru. Lebih-lebih lagi benda yang baik. Harus diingat, “benda yang baik, tak semua orang suka“.

Cemuhan dan juga Kutukan terhadap kaedah ni bagi saya adalah benda biasa. Seperti Dr Rozmey, Segala kutukan dan cemuhan keatasnya adalah satu kejayaan bagi dirinya. Sebagai seorang Islam dan juga seorang yang berbangsa melayu, saya berbangga dengan segala usaha dan tenaga yang dicurahkan bagi menaikkan bangsa kita sendiri. Kenapa saya kata begitu? Kerana kebanyakan mereka yang menyertai bengkel kaedah ni adalah dari kaum melayu itu sendiri.

Saya semakin faham segala penderitaan dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Encik Makhtar. Akhir kata, Hidup mesti diteruskan, perjuangan mesti dilakukan. Berjalan mesti ke depan, jangan lagi pandang ke belakang. Jika jatuh, cepat-cepat lah bangkit.

***teringat pesanan Encik Makhtar kepada saya, “kalau kamu nak ajarkan kaedah ni kat orang lain tak apa. Saya tak marah. Tapi janganlah minta bayaran.” ;-)

sekian.

Related Posts with Thumbnails
Share
Tagged with:  

15 Responses to Kaedah Mokhdar- Cerita Dalam HidupKu

  1. Affan says:

    Salam.
    Rasanya masa kat MRSM aku dulu pun ada.
    Agaknya semua MRSM kot.

    *Selain memudahkan mengingati no, apa lagi kelebihan die. Ingat lagi, speaker tu cakap, orang cina mudah ingat no sebab sebutan diorg pendek. hehe

    • Wan says:

      A’ah mrsm ko memang ada. Hassan dah cerita. Kaedah ni selain daripada mengingat nombor, memudahkan budak-budak mengingat sifir dengan mudah. Kalau dah expert, boleh darab 2 nombor dengan 2 nombor tak sampai 4 saat…

  2. xpenah dgr lagi kaedah nie… first time dgr… xpenah lak terbaca kat mana2… baru arini tau :-)

    klu senang untuk ingat no tel… kiranya bagus la… aku ada masalah utk ingat no tel nie… :-P
    Fahmi Raazali recently posted..Cerita Awal Tahun Baru 2011My ComLuv Profile

    • Wan says:

      Yeke baru tau? Biasanya orang yang tahu pun sebab kaedah ni pernah datang bagi taklimat kat sekolah2 mereka, takpe la, anyway boleh je blajar teknik ni. Nanti boleh pandai macam adi putra.hehe

  3. Hadi Rofiee says:

    Salam wanizman.

    Saya mengetahui kaedah ini ketika di bangku sekolah menengah dahulu. Saya juga ada membeli bukunya tetapi entah ke mana ia menghilang. Benar kata bahawa ilmu yang dipelajari mestilah diamalkan, jika tidak hilanglah. :-)

    O-tu-wa-ga.. itu serba sedikit yang masih saya ingati. Hehe.

  4. Wan says:

    Wslm hadi, wanizwan la.hehe

    Nampaknya saudara pun telah pernah pelajarinya. Amalkan la nanti otak kita akan sentiasa mahukan berfikir…
    Wan recently posted..Kemenangan VS Persaudaraan- mana yang lebih pentingMy ComLuv Profile

  5. amirul says:

    wan….sy nk no awk…ada perkara yg sy nk bertanya …ni no phone sy 0126982373

  6. azamuddeen says:

    salam….sy tringin jga nk ikut bgkel ni….solan prtma..jka kita mgmalkan kaedah ni, adkah ia dpat mmbwa ap2 hasil…solan kedua…adakah sdah ckup law skdar mmbeli buku dan mgmalkan sgla y trkandung dlamnya untuk dbandingkan dgn mgikuti bgkel kaedah mokhdar 2

    • Wan says:

      Wslm azamuddeen.

      Soalan pertama tu, sememangnya ia membawa byk hasil. Apabila saudara sudah menguasai kaedah ini, ianya senang bagi saudara nak mengingati nombor apa2. sbg contoh, saya kini dapat mengingati hampir kebanyakan nombor akaun bank saya hanya dengan menggunakan kaedah ini. Sangat mudah. lagi satu, bila kita mempraktikkan kaedah ini. Ianya dapat meningkatkan lagi daya ingatan kita. Sama je macam kita main sudoku, main cubic. Kan itu berhasil namanya? =)

      Jawapan bagi soalan kedua itu, ianya tidak cukup jika hanya belajar menggunakan buku. Sebab adab dalam menuntut ilmu, hendaklah juga ada guru. jika ada buku sahaja tak mencukupi. Dalam konteks kaedah mokhdar ini, belajar menggunakan buku saja dengan belajar daripada bengkel amatlah berbeza. kerana pabila kita mengikuti bengkel, kita boleh tahu bhgian mana yang perlu difokuskan, cmana cara untuk kita mengingat sesuatu dan yang penting sekali, bagaimana nak praktikkannya dalam kehidupan kita. Ianya sukar didapati dalam buku lebih2 lagi jika kita tidak memahami apa yang buku tu ajar…

  7. adi fazli says:

    salam sahabat lama…=) ..knl x aku sape?
    lama mghilang? hehe..sje tgk2 kt cni..
    nice writing..pnah gak try mnulis tp xlme bthn..huhu..goodluck la k..

    • Wan says:

      Wslm sahabat yang sentiasa di ingatan. confirm la kenal. Menghilang? tak pernah menghilang. Terima kasih atas pujian itu. Teruskan perjuangan anda dalam kaedah mokhdar ini…^_^

  8. zalina says:

    Salam, teringin juga nk hantar anak2 ke bengkel mokhdar ni tapi ramai parent yg hantar komen negatif & katanya tak berbaloi dgn harga yg ditawarkan. hu hu …

    • Wan says:

      mungkin itu pandangan parent itu dan bukannya pandangan semua parent. terpulanglah kepada pandangan masing2. Ada parent yang kata berbaloi sebab bayarannya adalah untuk seminggu. Ada yang anggap tak berbaloi sebab mereka melihat amount itu beratus-ratus padahal amount itu adalah untuk seminggu. Jika pergi seminar sehari bersama Dr. Fadzilah kamsah ataupun seminar mereka-mereka yang terkenal, paling kurang pun beratus-ratus. Apatah lagi seminggu. Pokok pangkalnya, terpulanglah kepada mereka untuk menilainya…(^_^)

  9. EMA says:

    110(63 +1X8 +16(65 614 ^8 8164X 110(63 +1X8 +16(65 ^(
    kalo noh mcm mane?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled