Ketentuan yang tidak dijangka

On July 21, 2010, in pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi aku terkejut dengan kejadian yang berlaku dalam hidupku. Seperti biasa malam minggu aku akan cuba menyiapkan assignment yang bertimbun-timbun. Memandangkan hari ahad tu aku kena join program menjadi fasilitator di puncak alam, so hari sabtu malam tu aku pun terpaksa lah menyiapkan semua assignment yang ada.

Belum sempat nak bukak buku, tetiba handset aku berbunyi. rupa-rupanya sashabat baik ku ketika di mrsm dulu. entah kenapa dia cakap yang perkara buruk telah berlaku. aku pun terkejut la. ingatkan dia kena dismiss dari unuversiti ke. tak pun parent dia sakit ke. pastu dia pun cakap yang seorang kawanku dan tak ada. haa??? 😯

dah tak ada? dia pergi mana? rupa-rupanya dah tak ada kat dunia ni. Ajalnya dah sampai. 😥 Innalillah. sesungguhnya mati itu tidak mengira usia. Dia meninggal dalam satu kemalangan. Subhanallah…

Kenangan semasa majlis hari raya 2007. Homeroom 5J. Al- Fatihah buat saudara Izzat Azrai dan Syafiq Izzudin. Moga roh mereka dicucuri rahmat.

setiap kejadian adalah ketentuan-Nya. Aku terserentak. Macam ada batu berat jatuh atas kepala aku. Memang tak dapat percaya. Kawan yang aku kenal dari form 1 sampai la masuk Universiti ni, sudah tiada dah kat dunia ni. Memang aku terkilan. Terkilan sebab baru je jumpa masa program persatuan aku anjur tahun lepas (2009).

Juga terkilan sebab dia tidak dapat merasa hidup dewasa, hidup berkeluarga, dan juga mempunyai anak-anak dan juga cucu. Ya ALLAH, panjangkanlah umurku. Ramai kawan-kawan aku yang terkejut dan ada yang menangis. Sebab apa? sebab memang dia seorang kawan yang baik.

Dalam homeroom aku kat mrsm 2007, dah 2 orang pergi menemui ilahi termasuk dia. Kedua-duanya disebabkan kemalangan. Kedua-dua merekalah yang sama-sama berjuang masa SPM lalu. Kenangan pahit manis yang lampau, sukar dilupakan. Kini kedua-duanya telah pergi tinggalkan kenangan. 😐

Kita yang masih hidup ni perlulah meneruskan hidup. Tetapi dalam kita yang masih bernafas ni, carilah erti hidup yang sebenar. Jangan lupa, kita tak ada kontrak pun dengan ALLAH yang kita akan hidup lagi 2 minit, hidup lagi 2 jam, hidup lagi 2 bulan, ataupun hidup lagi 2 tahun. Sesungguhnya mati itu amat hampir dengan kita. Dan kita amat pasti akan menempuhinya. Sudahkah kita bersedia? 😉

Moga kita dapat berjumpa di SANA Izzat, di Syurga  ALLAH yang kekal abadi. Al- Fatihah sekali lagi…

Related Posts with Thumbnails
 

2 Responses to Ketentuan yang tidak dijangka

  1. Iwan Razali says:

    salam…

    turut bersedih atas kepergian arwah izzat… kami kwn baik time skolah rndah… SKKB.. 1997-2001.. then terpisah sbb aku pindah skolah… cari punye cri dgr2 dy dah mninggal sbb kmalangan ni.. erm.. T_T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge