Peristiwa Lebaran 2010

On September 14, 2010, in pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Hari lebaran kali ini berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Kali ini saya beraya di kampung halaman ibu, di Tangga Batu, Melaka. Sejak 3 tahun yang lalu, saya beraya di rumah keluarga ayah saya, di Kota Bharu. Apabila kakak saya sudah memasuki alam pekerjaan, ayah memutuskan untuk beraya sahaja di rumah keluarga ayah kerana selalunya kakak masih  lagi menunaikan tugasannya di Hospital pada hari raya. Kebetulan abang saya pula melanjutkan pelajaran ke luar negara pertama kali kami beraya di Kota Bharu.

Beraya di melaka sememangnya meriah kerana emak saya mempunyai 8 orang adik-beradik. Kebanyakan mereka akan pulang pada malam raya. Ada juga antara mereka yang pulang pada pagi raya. Semuanya telah mempunyai anak-anak , malah pula ada diantara mereka yang telah pun mempunyai anak yang sudah dewasa dan telah dikurniakan cucu. Pendek cerita, memang beraya di kampung tangga Batu ini akan terasa lebih nikmatnya raya. Walaupun Nenek kami telah pun kembali ke rahmatullah lebih kurang 3 tahun yang lalu, tetapi adik-beradik  mak sanggup untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul sebagai satu keluarga yang besar!

Sebahagian daripada kami… 10 September 2010 (Ada 3 keluarga lagi yang tak sampai masa ni)

Tugasan Pertama Raya

Seminggu sebelum raya, saya telah pun mendapat cuti untuk berhari raya. Cuti yang sebenarnya hanya beberapa hari sebelum raya telah diperawalkan memandangkan IPT saya telah mengutuskan cuti raya sebagai cuti pertengahan semester. Oleh kerana tahun ini telah diputuskan oleh mak dan ayah beraya di Melaka, maka saya terus pulang ke kampung mak saya  (Melaka) tanpa pulang ke rumah sendiri (Kelantan).  Pulang ke kampung 5 hari sebelum tarikh nak beraya. Pulang pula dengan adik yang tinggal sama IPT dengan saya. Pulang awal bukan kerana apa, tetapi sudah bosan berada di IPT yang rata-ratanya sudah sunyi kerana ketiadaan pelajar-pelajar yang telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pulang awal juga ada matlamat tersendiri. Rumah kat kampung tak siap lagi cat! Kat kampung tak ada orang yang dah sampai lagi. Kiranya kami je yang datang awal. Semuanya meninggalkan tugasan itu kepada saya dan adik saya untuk meyiapkan bahagian-bahagian yang belum di cat ini. Nasib baik lah dengan bantuan mak lang dan pak lang saya, yang juga datang awal, tugasan itu dapat disiapkan on time!

Raya Awal?

Oleh kerana datang awal ke Kampung Melaka, maka saya pun tidak terlepas untuk menunaikan solat terawih di surau berdekatan dengan Rumah Arwah nenek saya. Malam tu semua orang tengok tv sebab nak tau bilakah kita raya. Adakah hari khamis? ataupun hari jumaat? Sebahagian kecil penduduk di perlis sudah pun beraya hari ini (Rabu)! Tergelak saya medengar berita di Tv3 tentang isu ini. Penduduk yang terpengaruh dengan ajaran sesat rupanya. Dah la sesat, kena tangkap pulak tu, pastu masuk tv. Tak pasal-pasal buat mazhab sendiri. Macam-macam dunia sekarang ni.

Bertemu dengan Orang Besar Melaka

Apabila Baginda menyatakan yang tarikh hari raya jatuh pada hari Jumaat (lusa), saya cepat-cepat bersiap-siap untuk ke surau untuk meneruskan solat terawih. Sampai di sana, saya lihat ada seseorang sedang duduk di belakang saf Imam. Dia pakai smart-smart siap bersampin lagi ditambah pula dengan baju melayunya yang berkilat-kilat. Terbisik dalam hati saya,”dia ni pun sesat jugak ke? Ingat esok raya ka?”. Ketawa kecil juga masa tu.

Sesudah je Habis Witir, Imam cepat-cepat bangun menggapai mic. Terkejut saya apabila imam menyatakan yang beliau berbesar hati kerana malam itu, kita telah sama-sama menunaikan solat sunat tarawih bersama menteri besat melaka!!

Menteri Besar Melaka?

DATO’ ALI RUSTAM

Tercari-cari saya dimanakah beliau. Rupa-rupanya, beliaulah yang memakai baju melayu yang berkilat-kilat dan bersampin tadi. MasyaALLAH. Beliau sempat memberi taklimat selepas selesai solat terawih tu. Katanya, beliau baru sahaja selesai melawat tempat lihat anak bulan tadi di Tanjung Bidara. Singgah solat terawih di kampung ni. Beliau sempat memperkatakan tentang isu-isu semasa. Isu konflik Malaysia dan Indonesia, Isu Raya awal di Perlis, dan juga Isu orang bukan islam memberi taklimat dalam masjid. Tak lupa juga isu berpolitik dalam masjid.

Haa?? “berpolitik dalam masjid salah ke? Ke berparti dalam masjid yang salah?”, bisik hati saya. “Apa maksud berpolitik dan apa pula maksud berparti? Tak pandai beza ke?”, terdetik dan terpanggil hati saya untuk mengulas  tentang isu ini. tunggu masa je. Tapi tak apalah, seorang pemimpin turun padang semata-mata untuk bersama rakyatnya di surau yang agak uzur, cukup mengkagumkan saya!


Belajar Dari 2 engineer

Hari raya ini juga saya belajar sesuatu daripada 2 orang sepupu saya. Kedua-dua mereka bekerja sebagai engineer. Satu Chemical dan satu lagi Civil. Belajar sesuatu ilmu dalam bidang kejuruteraan. ilmu yang datang semasa kami sibuk bermain bunga api. Bunga api bukan sebarangan bunga api, tetapi bunga api ni bunga api yang digunakan semasa meraikan sesuatu event, contohnya semasa merdeka. Salah bakar boleh mengundang bahaya tau.

Ketika kedua-dua mereka sibuk membakar bunga api, aku turut serta mencuba. Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi sekadar mencuba, mengasah bakat untuk menjadi pelapis kelak! (Apa yang mengarut ni)  😆 Entah macamana, salah seorang daripada mereka tersalah planning menyebabkan salah satu mercun bunga api itu tidak berlepas ke udara dan akibatnya, ia meletup di atas tanah. nasib baik tiada siapa yang berada berdekatan dengan tempat pelancaran mercun bunga api tersebut. tengok video ini.

Kesemuanya ada 3 mercun roket, tetapi hanya 2 sahaja yang berjaya dilancarkan.

Jika dilancarkan dengan baik, boleh membawa pemandangan yang cukup indah di malam raya.

-Pelancaran berjaya-

Sambut Lagi Awal…

Belum pernah lagi saya menyambut hari lahir dikelilingan oleh keluarga yang sebegitu ramai. tetapi tahun ni, saya berpeluang untuk merasainya. Biarpun sambutannya agak awal daripada tarikh yang sepatutnya, tetapi mereka semua tetap menganggap bahawa hari itu ialah hari lahir saya. Sebenarnya sambutan hari lahir adalah untuk sepupu saya yang jatuh pada hari raya, 10 september. tapi entah macamana saya dan pak cik saya boleh tumpang sekaki. Tarikh birthday Saya lambat lagi manakala pak cik saya pula dah lepas. Biarpun tarikh kami bukan pada hari tersebut, tetapi kami juga lahir pada bulan september!, kata pak cik saya.

Begitulah serba sedikit tentang perkara yang menarik pada hari raya kali ini. Agak sukar nampaknya hendak bertemu seperti ini. Belum tentu lagi kami semua dapat berkumpul dengan jumlah yang sama. Mungkin tahun depan jumlahnya bertambah, mungkin juga berkurang. Mungkin ada yang akan datang ke dunia ni, dan ada juga yang akan meninggalkan dunia ni. Kerana saya berasa, mesti ada diantara kami yang akan pergi dahulu. Kematian itu adalah pasti! Tidak mengira yang muda, ataupun yang tua. Jika ALLAH sayangkan seseorang, pemergiannya tetap pasti, umur bukan penghalangnya.


Oleh itu, marilah kita menghargai nikmat yang ALLAH kurniakan. Menghargai keluarga kita yang masih ada pada hari ini. Kerana hari esok, belum tentu kita akan temuinya lagi… 😀

Sekian.

Related Posts with Thumbnails
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge