Raya: Zaman Kanak-kanak

On September 5, 2010, in pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum,

Zaman Kanak-kanak

Masa kecik-kecik dulu, bila bulan puasa datang je mesti hati dah rasa gembira. apatah lagi masa nak raya. Memang boleh dikatakan malam raya adalah malam yang paling bahagia la dalam hidup aku. Tapi tu masa kecik-kecik dulu. Raya kat kampung mak aku je mesti leh main bunga api, boleh main mercun besar-besar. Tak takut pun polis nak datang cari sapa yang main mercun besar-besar tu. kenapa? sebab kampung mak aku memang betul-betul kampung. balai polis ke kampung aku pun dah berapa kilometer da. tak sempatnye nak datang. ntah-ntah polis tu boleh sesat! hehe. 😆

Masa kecik-kecik dulu, kebanyakan sepupu-sepupu aku  mentaliti mereka menjadi budak kecik masa nak dekat raya. Yang dah kawin, dah ada anak isteri pun boleh join sedara-sedara aku yang memang dah budak-budak main mercun. Aku ingat lagi, bila semua dah berkumpul je mesti ada antara mereka yang bawa mercun berguni-guni. sanggup menghabiskan duit beratus-ratus ringgit semata-mata nak sambut malam raya ramai-ramai. ramai-ramai kami bukannya 6 atau 7 orang. ramai-ramai kami nak dekat 20-25 orang!!!

Aku teringat lagi. mercun tiba-tiba meletup kat dalam baju aku. ntah dari mana datang mercun tu. rupa-rupanya cousin aku yang letak mercun tu dalam kocek aku. masa tu kami memang tak tahu lagi apa itu makna putus jari, tak tahu lagi makna bahaya bermain mercun. ada antara kami yang bakar mercun pastu letak kat kaki orang lain. memang nahas la terlompat-lompat orang tu. 🙂

seingat aku, dalam 20 tahun aku hidup ni, 6 kali aku tak pergi solat hari raya aidilfitri.

Banyak?

tak la banyak. mula2 tak pergi masa aku baru dilahirkan. pastu umur aku 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun. Masa 5 tahun ayah aku dah bawak pergi solat sunat aidilfitri. Mana satu lagi? haa, satu lagi ni masa aku darjah 3, umur masa tu dah 9 tahun. masa tu aku memang terlepas pergi solat hari raya masa kat kampung. Sebenarnya aku terlibat dalam accident. bukan besar tapu kecil je. bukan accident sebenarnya tapi incident. incident nya berlaku betul-betul sehari sebelum raya. aku main kejar-kejar dengan adik aku. pastu masa lari tetiba je aku jatuh and lutut aku tu terkena batu.

pastu?

Pastu habis berdarah la lutut aku. kulit tercabut. Uncle aku bawak aku ke klinik and lutut aku kena 7 jahitan. sedih2. Tapi tu la kisah silam hidup aku masa nak raya. Memang best.

Tapi…


Zaman Sekarang

sedar tak sedar umur dah makin meningkat. Makin besar, makin banyak tanggungjawab. makin banyak perkara yang perlu difikirkan. Makin banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sering kali apabila tibanya musim raya, hati ini rasa makin meningkat dewasa ni, sambutan hari raya makin tak best. makin tak meriah seperti dulu. Salah seorang cousin aku pun berkata begitu.

Mungkin kerana dah meningkat dewasa ni, duit raya pun dapat tak dapat. nak main mercun pun dah tak cam dulu. Nak main kejar-kejar macam kecik2 dulu pun dah tak boleh. 😥  Sedara mara yang sekaki dulu pun dah besar semuanya. masing-masing dengan hala tuju masing2. Tapi masa hari raya la kami boleh bertemu kembali.

Sebahagian antara kami. (Penulis tiada dalam gambar ni kerana sedang mengambil gambar….)

Apa-apa pun, aku tetap ingat kenangan masa malam raya masa kecik2 dulu. memang best. Sekarang ni, kita hanya dapat tengok je budak-budak kecik main bunga api, bersuka ria, sama macam kita kecik2 dulu. So, hargailah waktu kanak-kanak anda. bagi yang dah meningkat remaja, hargailah waktu remaja anda ni. Hidup kita ni memang ada flow. dari kanak-kanak, pergi remaja. Dari remaja, terus ke dewasa. dan dari dewasa, akan ke tua. Jadi, nikmatilah saat-saat anda hidup di dunia ni. kerana peluang yang ALLAH bagi hanya sekali sahaja… 😉

Sekian

Related Posts with Thumbnails
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge