Tragedis Hitam membawa Peringatan

On February 13, 2011, in pengalaman, by wanizwan

-Mendengar bunyi air terjun, menenangkan jiwa-

Papa, papa, iwan lemas…!!!“, adik saya menjerit kepada ayah sambil menunjukkan tangan ke arah kolam mandian. Badan saya terus diangkat oleh ayah yang baru saja menyedari kehilangan saya ketika itu. Saya dibawa ke bawah pondok dan ditenangkan.

Banyak juga air yang saya telan ketika itu.

Tidak disangka percutian sekeluarga ke Air Terjun Jeram Pasu, Paser Puteh hampir-hampir berakhir dengan tragedi. Nasib baik adik saya menyedari kehilangan saya ketika itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Perkara tersebut berlaku berbelas-belas tahun yang lalu tetapi ianya masih segar dalam ingatan saya. Ianya cukup menyeramkan.

……………………………………………………………

Bermandi-manda tanpa berenang juga meletihkan badan sebenarnya walaupun ianya cuma berada di dalam air dan  tidak berbuat apa-apa. Hanya sekali sekala melayan arus air terjun yang turun di kaki bukit sana.

Ketika itu saya mengambil keputusan untuk duduk berehat di atas tembok pemisah antara kolam kanak-kanak dan orang dewasa sambil menikmati keindahan sekeliling.

Entah tiba-tiba, arus air yang begitu deras telah menolak saya yang masih lagi dibawah usia kanak-kanak ketika itu, jatuh ke dalam kolam orang dewasa. Tak dapat dibayangkan perasaan ketika itu. Hanya MATI yang ada difikiran.

Adakah ini ajalku?”

“Adakah ini petanda berakhirnya riwayat hidup aku?”

-tempat kejadian-

Macam-macam perkara yang difikirkan sewaktu lemas itu. Saya hanya berserah kepada ALLAH. Hidup ataupun MATI, ianya berada ditangan-Nya. Muka dan hidung saya sudah menjadi merah kerana banyak air sudah memasuki ruang pernafasan ketika itu. Saya memang mengharapkan ada insan yang menyedari keadaan saya dan menolong saya ketika itu.

Tetapi ianya berubah.

Tup, tap, tup, tap. Keajaiban berlaku.

Dengan izin ALLAH, badan saya diangkat tarik. Saya diletakkan di atas lantai pondok berdekatan. Perut saya ditekan berkali-kali. Air banyak terkeluar dari mulut dan hidung saya. Saya kembali bernafas.Rupanya ayah yang menolong saya ketika itu setelah disedari oleh adik tentang keadaan saya.

Alhamdulillah.

-Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidupku-

Masih panjang lagi umur saya. ALLAH masih lagi memberikan saya peluang untuk kembali bernafas diatas dunia ini. Walaupun kejadian ini sudah berlaku bertahun-tahun lamanya dahulu, tetapi ianya tetap menjadi pengajaran kepada saya. Lebih-lebih lagi ketika hendak bermandi-manda di kawasan-kawasan berair.

Saya rasa seperti dihidupkan kembali. Allah memberikan saya peluang kedua. Alhamdulillah, buat kali yang kedua.


note: Beberapa hari sebelum bercuti  di air terjun ini, saya sempat membaca potongan ayat doa menghindarkan diri daripada mati kebakaran ataupun mati lemas.

Related Posts with Thumbnails
Tagged with:  

5 Responses to Tragedis Hitam membawa Peringatan

  1. naqib faiz says:

    alhamdulillah.. umur mg pnjang lagi wan.

  2. azie says:

    note: Beberapa hari sebelum bercuti di air terjun ini, saya sempat membaca potongan ayat doa menghindarkan diri daripada mati kebakaran ataupun mati lemas.

    nk tawu potongan doa tu =)

  3. yo grimjow says:

    mjur bukn naqib…klu dok napong dh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge