Kaedah Mokhdar- Cerita Dalam HidupKu

On December 23, 2010, in Pendapat, pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pernah dengar tak kaedah mokhdar? tak pernah? Ala kaedah yang meringkaskan sebutan nombor menjadi lebih pendek tu. Contohnya:-

1=satu–> Tu

2=dua–> Wa

3=tiga–> Ga

4=Empat–> Pa

5=Lima–> Ma

….dan seterusnya

Itulah kaedah mokhdar. Satu kaedah yang pernah menggemparkan dunia melayu suatu masa dahulu. Ops, sebelum tu, saya ingin tegaskan yang post saya kali ini adalah tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah berdasarkan pemerhatian, pendapat dan juga pengalaman saya. Anggaplah apa yang diperkatakan saya ini adalah pandangan dari pihak yang ke-3. 😀

Bagaimana Kaedah ini boleh muncul dalam hidup saya?

Dulu masa zaman persekolahan di MRSM Kuala Krai, ada suatu ketika, cikgu-cikgu menyuruh semua pelajar ke dewan besar disebabkan ada satu taklimat mengejut. Masa tu saya masih lagi berada di tingkatan 2, tahun  2004. Sampai di dewan, ada seorang lelaki asing sedang berada di atas pentas, sedang bercakap menggunakan “mic” sambil tangannya menulis sesuatu di papan “white board”. Nampaknya orang tu bukan cikgu sekolah saya sendiri. Taklimatnya agak membosankan pada mulanya.

Dia telah menunjukkan kebolehannya menghafal

18 nombor (kalau tak silap saya),

dalam masa tak sampai 5 saat!!!


Tetapi, tak lama kemudian, lelaki itu telah membuatkan semua pelajar yang berada di dalam dewan tu tergamam, terpegun dan juga terkejut. Apa yang lelaki itu buat?Dia telah menunjukkan kebolehannya menghafal 18 nombor (kalau tak silap saya), dalam masa tak sampai 5 saat!! 😯  Pada ketika itu, saya memang rasa ada benda tahyul yang digunakan ataupun sedikit penipuan yang dilakukan disitu. Tapi sangkaan saya salah.

Dia memang betul-betul lakukannya tanpa sebarang penipuan. Dia cuma gunakan kaedah yang diciptakan oleh beliau sendiri. WOW! hebatnya. kalau saya, nak hafal 8 nombor pun susah. Bila beli nombor handphone yang baru pun memakan masa 3-4 hari nak ingat nombor kita sendiri tu. Lelaki itu adalah Encik Makhtar, pengasas kaedah ini.

Itulah saatnya kaedah mokhdar ni muncul dalam hidup saya. Seingat saya, saya tak membeli pun bukunya pada waktu tu. Tapi saya sempat curi-curi tengok dan baca buku kepunyaan kawan yang membelinya. Saya cuba praktikkannya. Dan saya berjaya! 😀

Saya berjaya mengingati nombor telefon seorang perempuan yang saya minat (masa tu saya tak matang lagi 😉 ) dengan menggunakan kaedah mokhdar. Seingat saya, saya hanya belajar asas 1 (paling basic) sahaja pada masa tu. Tak sempat nak belajar lagi advance. Maklumlah belajar sendiri. 😉

“LAT-PAGAN-TUK”, itulah bunyi nombor telefon tu dalam kaedah mokhdar. Memang senang nak ingat waktu tu. Sampai sekarang pun saya ingat lagi. 7 nombor, tetapi boleh diingat dalam masa yang singkat. Memang saya akui ada kesalahan dalam penggunaan kaedah ini masa tu. Maklumlah, baru belajar. tapi ia cukup mengkagumkan saya. 😛

Begitulah kisah bagaimana kaedah ni boleh meresap  dalam hidup saya. Lama saya tinggalkannya. Sehinggalah saya menyertainya kembali dan belajar semula kaedah ni tak lama yang lalu. Dan sekarang, saya dah boleh mengamalkannya dan mengajar kaedah ini kepada orang lain. 😉

Bagi saya, kaedah mokhdar ni memang berkesan dengan syarat, ianya mestilah diamalkan dalam hidup kita. Kalau setakat belajar tapi tak amalkan memanglah tak nampak kesannya. Adab menuntut ilmu ada tiga. Yang pertama, belajar. Kedua sebarkan dan yang ketiga, amalkan. Barulah ilmu tu dikira berguna.

Hmm, pendapat saya, kaedah ini juga tidak mencemarkan bahasa jika ia digunakan dengan betul. Kerana apa? kerana benda ni hanyalah “Kaedah“, bukannya “Bahasa“. Kena faham disitu. Jika bahasa, ia digunakan setiap hari, diamalkan setiap waktu. Tapi kalau kaedah, ia merupakan cara. Digunakan pada waktu-waktu tertentu. Digunakan untuk memudahkan sesuatu. Contohnya dalam kaedah ini, ianya untuk memudahkan penggunanya untuk mengingat nombor yang banyak.

Harus diingat, ini hanyalah pandangan peribadi saya. Kalau ada salah dan silap, mohon ditegur dengan cara yang baik. Oleh itu, jika ada mereka yang menggunakan perkataan “bahasa Mokhdar”, ia haruslah ditukar menjadi “kaedah mokhdar”.

Walau apapun, secara jujurnya saya amat kagum dengan usaha yang terpaksa dihadapi oleh Encik Makhtar dan keluarga bagi menaikkan kaedah ini. Memang banyak cabaran dan juga dugaan dalam menyebarkan sesuatu benda yang baru. Lebih-lebih lagi benda yang baik. Harus diingat, “benda yang baik, tak semua orang suka“.

Cemuhan dan juga Kutukan terhadap kaedah ni bagi saya adalah benda biasa. Seperti Dr Rozmey, Segala kutukan dan cemuhan keatasnya adalah satu kejayaan bagi dirinya. Sebagai seorang Islam dan juga seorang yang berbangsa melayu, saya berbangga dengan segala usaha dan tenaga yang dicurahkan bagi menaikkan bangsa kita sendiri. Kenapa saya kata begitu? Kerana kebanyakan mereka yang menyertai bengkel kaedah ni adalah dari kaum melayu itu sendiri.

Saya semakin faham segala penderitaan dan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga Encik Makhtar. Akhir kata, Hidup mesti diteruskan, perjuangan mesti dilakukan. Berjalan mesti ke depan, jangan lagi pandang ke belakang. Jika jatuh, cepat-cepat lah bangkit.

***teringat pesanan Encik Makhtar kepada saya, “kalau kamu nak ajarkan kaedah ni kat orang lain tak apa. Saya tak marah. Tapi janganlah minta bayaran.” 😉

sekian.

Tagged with:  

Minta Maaf Berkenaan post “Saya Bukan Ustaz”

On December 17, 2010, in pengalaman, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuhh, syuhh, dah berhabuk blog ni. Dah lama tak update. Maklum la kan, sangat sibuk waktu cuti ni. Sibuk bekerja sebagai fasilitator bengkel kaedah mokhdar. Minta maaf kepada pelawat-pelawat mahupun pembaca setia blog ni.

Kesempatan ni, saya nak memohon maaf jika ada pihak yang tersalah anggap atau kurang senang mengenai post lepas saya yang bertajuk, “saya bukan Ustaz”. Bukan niat dihati nak memburukkan mana-mana pihak mahupun nak menjatuhkan maruah sesiapa. Ingin saya jelaskan disini, post tu asalnya saya nak bercerita serba sedikit tentang gangguan makhluk dari alam lain dan cara nak menghadapinya. Pendek kata saya bukannya nak bercerita tentang tempat yang terjadi tu tetapi saya nak menekankan yang kes seperti itu boleh terjadi dimana-mana saja.

Saya banyak sertai program-program sebagai seorang fasilitator. Rata-rata program yang saya sertai melibatkan jumlah pelajar yang ramai dan kes seperti ini tidak terlepas daripada berlaku didepan saya. Mungkin salah satu kes yang berlaku di depan mata saya ialah di tempat yang diceritakan dalam post tu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Jadi sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada pihak berkenaan. Mungkin salah faham yang kecil saja dan tidak perlulah dipandang serius. 🙂

Tagged with:  

Cuti Datang Lagi

On November 15, 2010, in pengalaman, umum, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti dah pun mula. 2 bulan pula tu. Apa nak buat? Takkan nak ternak lemak dan membosankan diri kat rumah je? Mesti masing-masing dah ada plan. Kawan-kawan saya pun banyak yang sudah pergi melancong. Ke Port Dickson, Singapore, Penang, Melaka, semua pergi bersuka ria. Kononnya nak balas dendam balik sebab masa final exam tu masing-masing berhempas pulas tak tido, stress dan sakit kepala mentelaah buku. Tapi takpe la. Mungkin pergi melancong dapat release tension kan.Lagi best pergi dengan kawan-kawan. 😛

Tapi takkan la sepanjang 2 bulan nak melancong je? Banyak duit! 😆 Ada yang plan nak kerja, ada yang plan nak dapat lesen kereta dan motor. Tak kurang pula ada yang memang berniat tak nak buat apa-apa cuti ni. Sekadar menolong mak dan menghabiskan cerita-cerita animate ataupun cerita korea yang tak sempat nak tengok masa ngah belajar. Balas dendam katakan. Kan?

Continue reading »

Tagged with: