Beli Buku Lagi

On January 21, 2011, in Sembang berisi, umum, by wanizwan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya amat gembira dan bersyukur, akhirnya dapat juga saya membeli 2 buah buku yang sekian lama saya idam-idamkan. Jika dijenguk pada page “rak buku” di blog saya ni, kebanyakan buku yang saya ada adalah berkisar tentang motivasi dan agama.

Tetapi kali ni, saya membeli 2 buah buku yang bukannya mengandungi ilmu wahyu (ilmu yang berkaitan hal-hal akidah, syariat dan akhlak), tetapi banyak mengandungi ilmu akliah (ilmu yang memandu kita dalam kehidupan).

Buku Rancang Wang dari Sekarang

Setelah sekian lama saya mencari satu buku yang melibatkan kewangan yang boleh dijadikan panduan untuk kita melabur ataupun menyimpan duit. Sudah tentu setiap daripada kita mempunyai lebihan wang samada kita simpan di bank ataupun di tabung simpanan kita.

Lebihan wang ini biasanya kita perolehi daripada duit gaji yang kita dapat bagi  mereka yang bekerja, ataupun duit dari biasiswa ataupun scholarship bagi golongan pelajar. Persoalannya dimanakah duit-duti itu disimpan? Adakah ia sekadar berada di akaun bank simpanan sahaja? Tak terfikir ke yang lebihan wang ini kita boleh jadikan ia “beranak” jika ia disimpan ditempat yang betul. Tapi macamana? 😉

Jika selama ini kita bekerja untuk mendapatkan duit, apa kata kita buat duit bekerja untuk kita pula? Apa-apa pun, ia mestilah sentiasa berlandaskan syariah  dan mematuhi  hukum Islam.

Saya mencari buku kewangan yang bukan sahaja memberi nasihat kepada kita bagaimana hendak menggunakan  lebihan duit kita ke arah betul, tapi juga menasihati kita bagaimana hendak menggunakan duit itu mengikut syariah Islam, jauh daripada riba dan juga selamat daripada unsur-unsur syubhah dan gharar.

Inilah bukunya. Hasil karya Pakdi yang boleh dikatakan expert dalam bab-bab kewangan ini.  Dalam buku ini juga banyak mengajar kita cara-cara untuk menjadi seorang yang berjimat cermat dan bukannya menjadi seorang yang kedekut! 😛

Buku The 360 leader

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana nak menjadi seorang pemimpin yang bagus. Perkataan “bagus” itu adalah sangat subjektif buat kita semua. Bagi saya, pemimpin yang bagus itu adalah pemimpin yang berkarisma, pemimpin yang bertanggungjawab dan juga mereka yang takut kepada mati! Ya itulah realiti pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak mencipta zaman kegemilangan Islam suatu masa dulu, hasil ajaran Islam itu sendiri.

Takkan menjadi seorang pemimpin itu kena pegang banyak tanggungjawab eh? Tak bertanggungjawab dan hanya gilakan kuasa dan pangkat adalah contoh pemimpin yang bakal menjahanamkan orang bawahannya ataupun rakyatnya.

InsyaALLAH, dengan buku ini, saya akan cuba mencari ilmu kepimpinan secara teorinya, dan saya akan cuba mempraktikkannya kelak. Samada semasa saya berada di tempat kerja nanti ataupun semasa menguruskan rumah tangga yang bakal dibina kelak. 😛

Buku ini juga banyak mengajar kita bagaimana untuk hidup dalam berorganisasi. Apa yang do and apa yang don’t. Nanti suatu masa, saya akan berkongsi serba sedikit maklumat tentang kepimpinan di blog ini. 😉

———————————————————————————————————————————————-

Buat pelawat-pelawat blog ini, terutamanya bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Shah Alam, saya menawarkan anda untuk menjenguk “Rak Buku” saya di dalam page ini. Jika ada buku yang berkenan(berminat) untuk dibaca, beritahu lah saya. InsyaALLAH, saya akan memberi pinjam buku itu. Niat saya ikhlas nak sebarkan ilmu kepada orang lain.

Ramai kawan saya yang sedang meminjam buku-buku motivasi saya. Mungkin anda bakal menjadi salah seorang daripadanya nanti? 😉

InsyaAllah… 😀

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Beli Buku Lagi

  1. pakdi says:

    Terima kasih tuan kerana membeli buku Rancang Wang Dari Sekarang 🙂

    wassalam
    Pakdi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge