Cuti Datang Lagi

On November 15, 2010, in pengalaman, umum, by wanizwan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti dah pun mula. 2 bulan pula tu. Apa nak buat? Takkan nak ternak lemak dan membosankan diri kat rumah je? Mesti masing-masing dah ada plan. Kawan-kawan saya pun banyak yang sudah pergi melancong. Ke Port Dickson, Singapore, Penang, Melaka, semua pergi bersuka ria. Kononnya nak balas dendam balik sebab masa final exam tu masing-masing berhempas pulas tak tido, stress dan sakit kepala mentelaah buku. Tapi takpe la. Mungkin pergi melancong dapat release tension kan.Lagi best pergi dengan kawan-kawan. ๐Ÿ˜›

Tapi takkan la sepanjang 2 bulan nak melancong je? Banyak duit! ๐Ÿ˜† Ada yang plan nak kerja, ada yang plan nak dapat lesen kereta dan motor. Tak kurang pula ada yang memang berniat tak nak buat apa-apa cuti ni. Sekadar menolong mak dan menghabiskan cerita-cerita animate ataupun cerita korea yang tak sempat nak tengok masa ngah belajar. Balas dendam katakan. Kan?

Duduk rumah pun janganlah sampai otak tu berkarat. Nanti dah masuk belajar balik, lambat warming up, padah kalau camtu. So, pada pendapat saya la, untuk cuti ni, setkan apa yang hendak dibuat dan apa yang hendak dicapai. Nanti bila dah nak habis cuti, biar kita rasa yang cuti kita ni berbaloi. Biar dalam hati kita berkata, “Yes, Aku dapat something cuti ni”. Janganlah pula macam ni, “Apa yang aku buat 2 bulan ni ar? Nampak same je”.

Kalau dulu, masa akhir tahun form 3, saya ada setkan target nak tolong mak tanam pokok kat belakang rumah. Nanti bila habis cuti, saya nak tengok pokok-pokok itu tumbuh membesar. Sejak dari target tu, setiap hari saya pergi tanam & siram & tak lupa juga jaga pokok-pokok tu. Tapi masa habis cuti, saya sedih. sebab tak banyak pokok-pokok yang tumbuh dengan baik. Lebih-lebih lagi masa tu musim tengkujuh. Asyik hujan je. Tapi takpela kan. Sekurang-kurangnya, ada usaha, cuti dipenuhi dengan benda bermanfaat. Walaupun hasil tak seberapa ada, tapi usaha gigih tetap ada.

Cuti ni saya sudah setkan beberapa target yang saya nak capai cuti ni. Firstly, saya nak cuba menghabiskan 10 buah buku-buku ilmiah yang saya ada. Sekarang ni baru saje habis 1 buah buku. Buku tu bertajuk “travelog Syahadah” yang dihadiahi oleh seorang kawan saya. Nanti saya akan membuat satu post berkenaan buku ini.

Yang kedua, seprti biasa bila dak berada di rumah, saya nak banyakkan memberi pertolongan kepada parent saya lebih-lebih lagi pada majlis pertunangan dan raya haji yang bakal menjelang beberapa hari lagi. Ye la kan takkan kita kat umah ni nak buat macam raja pulak kan. Bangun tido, makan, main game, tengok tv, main internet, pastu tido. Saya tak nak macam tu lagi. Dulu pernah macam tu, tapi kini dah makin dewasa, dah makin rasa bertanggungjawab. ๐Ÿ˜‰

Haa dan yang terakhir, saya nak tingkatkan communication skill saya. Maklumlah tak sampai 2 tahun lagi saya bakal menghabiskan degree dalam bidang perakaunan. And then of course la saya akan melanjutkan pelajaran lagi atapun saya akan memasuki alam pekerjaan, suatu alam yang memerlukan ketabahan hati dan juga keberanian diri. Tapi tu pun tak sure lagi. InsyaALLAH, sampai masa nanti, Allah tunjuk jalan kebenaran. Besar kemungkinan saya nak sambung belajar lagi la. Nak timba ilmu banyak-banyak dulu. Comm skill ni amatlah penting bagi saya. Apa guna kalau kita pandai sekalipun tapi bila kat depan pentas, kita kaku ataupun menggelabah ataupun stuck idea kat depan orang ramai. Tak nak la camtu. Sapa yang nak ambil kita bekerja kalau camtu?

Hmm, minggu lepas saya ada mengisi borang untuk bekerja sebagai fasilitator bagi program kaedah mokhdar. Tak tau apa itu kaedah mokhdar? tekan >>ni<<. Alhamdulillah, setelah 2 hari pergi training kat Bandar Country Home, dapat lah sikit ilmu kaedah ini dan dapat lah juga adopt environment kat sini. InsyaAllah, saya bakal menjadi fasilitator untuk kaedah ini. Doa-doakan lah agar saya dapat mengajar murid yang ramai dengan tenang dan sempoi. ๐Ÿ˜‰ Kaedah ni diasaskan oleh encik mokhdar, antara 10 orang genius kat negara kita ni. Masa saya berjumpa dengannya, beliau menunjukkan skill beliau dengan meminta saya tulis nombor kad pengenalan saya atas satu kertas. Ya ALLAH, tak sampai 2 saat je dia tengok, dia dah boleh sebut semula no saya tanpa melihat kertas tu…Subhanallah.

-Encik Mokhtar-

-Di Bandar Country Home-

Itu sajalah buat kali ni. Jangan lupa tinggalkan komen anda. ๐Ÿ˜€

Wassalam

Related Posts with Thumbnails
Tagged with:  

3 Responses to Cuti Datang Lagi

  1. Iffah says:

    salam Wan,

    bagus2.. planning itu penting, baru kita boleh buat reflection, cuti ni apa yang kita dah buat, setiap saat kita tu kan berharga,

    hope you can achieve the target and will be a facilitator for the Mokhdar technique!

    InsyaAllah.
    Amin.

  2. wan norasiah says:

    wah…bagus sangat dah tahu apa nak dibuat bila dah mula bercuti…masa yang ada dapat diisi semaksimumkan yang mungkin…takdela masa berlalu begitu saja…ingat masa itu emas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge