Moga Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam

On December 31, 2012, in umum, by wanizwan

 

Tahun 2012. Bukanlah satu tahun untuk dibanggakan. Juga bukan tahun yang agak mengecewakan. Namun apa yang pasti tahun 2012 merupakan antara tahun yang penting dalam menentukan hala tuju hidup saya.

Sepanjang tahun ini, banyak peristiwa suka dan duka telah saya lalui. Kehadiran dan kehilangan bilangan keluarga sedikit mewarnai dan menjejaskan kehidupan saya. Lumrah hidup seseorang, ada yang datang, ada yang pergi.

Apa yang penting, tahun 2012 inilah antara tahun yang paling lama saya  tidak meng’update’kan blog wanizwan ini. 5 bulan, tempoh yang agak lama bagi seorang blogger  menyepi dari menyampaikan mesej dan maklumat kepada pengunjung. Sungguh mengecewakan bagi diri saya sendiri.

Banyak perkara yang ingin diluahkan di blog ini namun kekuatan itu belum singgah ke dalam diri ini. Tambahan lagi separa tahun pertama saya amat sibuk untuk ‘struggle’ dalam semester akhir, mengejar pointer agar tidak tercicir dari apa yang diinginkan.

Alhamdulillah usaha saya berhasil berkat dari rezeki pemberian Allah biarpun saya terpaksa berusaha ‘lebih sedikit’ dari pelajar lain kerana pada semester akhir ini saya terpaksa mengambil lebihan subjek yang telah saya gagal pada semester sebelumnya. Subjek-subjek sedia ada sudah membebankan, apatah lagi ditambahkan lagi dengan subjek yang kurang saya gemari.

Kegagalan saya untuk lulus subjek ini pada mulanya saya lihat sebagai sesuatu bencana buat diri saya. Namun selepas seketika lama, saya mengerti ianya sebenarnya ‘teguran’ daripada Allah.

Kegagalan itu membuatkan saya berusaha lebih daripada sebelumnya.

Ketika mendapat keputusan, saya ternyata bersyukur kerana saya telah lulus dengan gred yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan kawan saya yang lulus semasa semester sebelumnya.

Ianya membuatkan pointer saya melonjak naik sedikit dan sekaligus pointer yang diharapkan tercapai.

Baki separa tahun kedua ini menyaksikan saya kepeningan memikirkan masa depan selepas tamat belajar ini. Selepas berdiskusi bersama keluarga, saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian peringkat professional ACCA secara sepenuh masa juga di universiti yang sama.

Walaupun ini bukanlah pilihan saya, namun saya yakin pilihan ibu bapa ini lebih baik untuk diri saya nanti.

Semoga tahun 2013 memberi rezeki yang lebih luas kepada diri saya dan keluarga.

Semoga tahun 2013 menguatkan lagi diri saya dalam melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dakwah.

Semoga tahun 2013 dapat mendidik lagi hati saya untuk menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat dan semestinya kepada agama Islam.

 

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

Related Posts with Thumbnails
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge