Persimpangan: Nak Pilih Yang Mana Ni?

On May 16, 2012, in umum, by wanizwan

Seringkali kita berada di persimpangan hidup dalam membuat keputusan. Tersilap pilih, merana seketika. Dan kita kembali ke pangkal jalan dan meneruskan persimpangan seterusnya. Namun sepanjang persimpangan itu terdapat banyak lagi persimpangan-persimpangan lain yang perlu ditempuhi.

Itulah kehidupan, penuh dengan pilihan.

InshaAllah saya bakal menghabiskan Degree saya dalam bulan 6 nanti. Selepas itu?

Itu yang menjadi persoalan sekarang ini. Ia seakan sesuatu pilihan yang terbesar dalam hidup saya. Sama ada terus melanjutkan pengajian ataupun terus kepada bidang pekerjaan.

“Iwan bila habis belajar?”, tanya ayah saya.

” InshaAllah bulan 6 ni papa.” jawab saya.

“Oh, kalau camtu sambung belajar la, buat ACCA. Muda lagi ni”, jelas ayah saya secara spontan.

Terkejut juga bila mendengarnya. Seakan-akan ayah dan ibu saya sudah menetapkan masa depan saya.

Kahwin? Itu bukan perkara utama lagi setakat ini.

Saya lebih suka untuk terus meloncat ke alam pekerjaan. Diri ini ingin belajar melalui pengalaman pula kerana sudah bosan dengan belajar melalui teori. Mungkin selepas 3 tahun bekerja baru berniat hendak sambung semula belajar. Mungkin part-timer.

Namun, bila teringatkan nasihat pak cik saya, “Kalau dah kerja , susah nak belajar balik. Maybe sudah selesa dengan duit yang ada.”

Ada betul juga kata-kata pak cik saya tu.

———————————————————————————————————————————————

Jalan masih buntu, fikiran masih bercelaru.

Kini saya sedang bermujahadah dengan semester akhir ini. Memang cukup-cukup mencabar. Doakan saya agar dapat membuat pilihan yang baik.

Sekarang masih lagi istikharah dan meminta petunjuk daripada Pencipta.

Rabbi yassir wala tu’asir

Related Posts with Thumbnails
 

2 Responses to Persimpangan: Nak Pilih Yang Mana Ni?

  1. Affan Ruslan says:

    Moga dipermudahkan dalam membuat pilihan terbaik.
    ACCA berapa lama?

    Kalau lepas 3 tahun nak sambung belajar, mungkin dah terlalu lama, entah2 dah kahwin. Kalau dah kahwin + kerja, nak buat part time tu memang sibuk lah. Kalau nak sambung balik lepas 3 tahun, kalau belum kahwin mungkin takde masalah sangat 😀

    • Wan says:

      ACCA mungkin setahun setengah tak pun 2 tahun depend pada ada paper yang ‘fail’ tak.

      Tu la kan. Macam ACCA je pilihan terbaik… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge