Raikan Kelainan

On 13/04/2015, in umum, by wanizwan

“Orang kalau tulang muka dia menonjol maknanya dia tu suka mengarah.” Ujar salah seorang sahabat saya ,info yang dperoleh daripada pembacaan beliau.

“Oh ye? Serius? Muka saya?”

Menggelabah sambil raba muka sendiri.

“ Harap-harap takde la jumpe orang macam tu kan?”

“ awak tak rasa ke, kalau Allah jumpakan kita dengan orang yang macam tu means kita akan boleh adapt dengan dia. Means ada chemistry antara kita dengan dia?”

Haaa. Digesting….

“erm.. Mungkin jugak.”

Pembaca dan adik-adik yang dihormati.

Memang sudahnya lumrah alam, Allah ciptakan kita- makhluknya ini pelbagai, bentuknya, warnanya, cuaca dan sebagainya. Kita ini berbeza. Mungkin antara manusia dengan manusia. Perangainya, kesukaannya, ketidaksukaannya, kelemahan, kelebihan. Masing-masing ada.

Bersahabat juga begitu, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Masing-masing punya perbezaan tapi tidaklah bermakna perbezaan itu melemahkan persahabatan.contohnya, si A suka warna biru, si B pula suka warna merah, si A suka main bola sepak dan si B sukakan aktiviti indoor. Tapi apakah si A dan si B tidak boleh berkawan kerana meraka berbeza.
Jawapannya tidak. Setuju?

A dan B berbeza tapi perkara tersebut langsung tidak menghalang mereka untuk bersahabat. Cuba kita tanya diri kita, adakah kita dan sahabat kita 100 peratus mempunyai minat yang sama?

Ada yang menggeleng dan ada yang mengangguk. Tidak mengapa.

Seringkali, isu perbezaan ini dijadikan sebab untuk sahabat berbalahan hinggakan terputus tali persahabatan mereka.nauzubillah. Lantas harusnya bagaimana untuk kita raikan perbezaan antara kita dan mereka.

Pembaca dan adik-adik yang dirahmati.

Jadi, untuk keluaran kali ini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak tip-tip meraikan perbezaan.

1- Jadi neutral dan jangan berlebih-lebihan

Sejak kecil kita diajar untuk berlaku adil. Adil dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan dengan meletakkan sesuatu bersesuaian dengan tempatnya. Kita seharusnya sedar tiada manusia pun sempurna. Ada masanya kita terlupa lantas berbuat salah. Beri peluang untuk sahabat kita dan diri kita sendiri untuk memperbetulkan keadaan selagi masih ada ruang untuk memperbetulkan keadaan. Mereka juga manusia biasa, seperti kita.

2- Usah besarkan perkara remeh

Sesetengah daripada kita mudah terbawa-bawa dengan sikap sebegini. Perbezaan atau ketidaksamaan yang kecil seeloknya tidak kita besarkan. Usah menjadi emosional dan cuba untuk bersikap rasional. Berfikir sebelum kita bertindak. Sangat tidak berbaloi untuk kehilangan sahabat yang baik semata-mata perkara remeh. Bergaduh untuk sebab yang kecil hanya membuang tenaga dan masa kita.

3-Jangan cepat menghukum

Contohnya pendapat yang lain daripada pendapat kita, tidak semestinya salah. Masing-masing punya point of view sendiri. Cuba untuk menolak mentah-mentah pendapat sahabat kita dan dengarkan dahulu hujah-hujah atau alasan yang membawa kepada pendapat beliau tersebut.

Bukan bermakna kita tidak boleh menolak pendapat sahabat kita, tapi tolaklah dengan cara yang penuh hikmah iaitu dengan cara yang tidak menyakiti hati dan tidak mengaibkan mereka.

Penutup

Teringat kata-kata yang pernah saya baca tempoh hari, ukhuwah itu tidak perlukan usaha, tapi iman di hati yang melahirkan ukhuwah. Bilamana hubungan kita dengan Allah terjaga, maka hubungan kita dengan manusia juga akan turut terjaga. Tak mengapa jika berbeza dengan sahabat kita selagi Allah yang jadi asas persahabatan kita.

Apabila kita mengharapkan sahabat yang baik, itu bermakna kita mahu atau tidak perlu dan mesti terlebih dahulu menjadi sahabat yang baik. Andai kata kita mengharapkan sahabat kita menepati janjinya, kita juga perlu menjadi seseorang yang berpegang pada janjinya.

Sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya buat benda yang salah. sahabat yang baik itu harus berani menegur kesalahan sahabatnya dan sahabat yang baik itu ialah mereka yang dapat menerima kita seadanya.
Allahua’lam

Oleh: SZY (Sinergi)

Related Posts with Thumbnails
Share
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled